Wednesday 18 March 2015

#8 dulu

masa dulu,
aku dibenci kawan
yg telah menjadi lawan
disebabkan kesilap fahaman
aku tak tahu dimana jalan keluar
yg penting aku seorang sahaja ketika itu
tiada yang menolong
manakan pula bersifat empati
simpati pun tiada

lama lama
aku tak tahu kenapa
mungkin hidayah Allah
telah menunjuk kebenaran
kepada musuh musuh itu
mereka meminta maaf
aku sudah lama maafkan,
sudah lama
aku menangis,
dia terdiam
dia tanya, kenapa menangis?
aku menjawab
aku tak ada kawan baik, macam mana?
dia tersenyum
menggenggam tanganku
dia berkata
tak perlu kawan baik pun tak apa
berdoa boleh mengubah takdir
aku percaya selama ini kau berdoa
untuk beri aku petunjuk kan?
Allah dah makbulkan doa kau
mungkin lepasni kau berdoa untuk mendapatkan sahabat
Allah makbulkan, siapa tahu?
aku yg menunduk, terus memandang wajahnya.
berseri.
aku tak tahu kenapa dia hilang. hilang.

esoknya.

aku dapat panggilan telefon
"lisa, munirah sudah temui ajal"
"haaaaa? bila?"
"semalam, waktu subuh"

aku tak tahu kenapa, aku sangat reda dgn pemergiannya.
pergilah munirah,
pergi.
dengan selamat,
sahabat :')