Wednesday 18 February 2015

#7 biasa

ada satu hari,
aku pergi ke sebuah rumah yg kelihatan terlalu lama.
hanya tiga insan yg mungkin bagiku,
sudah amat biasa menghuni rumah itu.
aku terfikir, bagaimana mereka selesa?
dengan trlalu banyak kucing tua dibela,
lumut kering hijau sana sini,
habuk tak usah disangkal;-
disitu ada seorang ayah yg tua usianya,
ibu bisu dan lumpuh kakinya srta brkerusi roda usang,
anak 20-an yg tamat belajar tika drjah enam.
ayahnya pekebun, ke belakang rumah tiap hari,
hanya itu sahabat karibnya, manakala si ibu hanya melihat dari dalam rumah,
anaknya setia mendorong ibu kemana saja sambil berbual dgn ibunya;
walaupun hanya airmata sbgai respon kpd anaknya.
anaknya pelik sedikit, pemikirannya sprti anak kecil,
tak matang. anaknya mesti selalu trfikir kenapa ibunya menangis sahaja.
tapi dibiarkan kerana sudah trbiasa.
aku mahu cerita;-
matahari menerik waktu itu. -2:00p.m.-
aku meminta izin "tok teh, aak nak solat. biliknya mana eh?"
"oh..kamu ke bilik hujung tu, kalau bilik air tanya kak ude. Uda!"
"ye ayah ude datang, ayah nk apa?""tunjuk adik ni bilik air""ok bos! adik,
meh ikut akk!" aku menuruti,
sesudah brwudhuk, aku ambil telekung kepunyaanku, lantas memerhati bilik itu.
"bersihnya,"monologku brbicara.
di situ ada 2 sejadah yg tak sempat dilipat mungkin disebabkan kedatanganku dan ayahku tadi;
kerusi roda patah yg diubahsuai mnjadi bangku;
ada 2 tasbih digantung;gayanya sprti selalu diguna;
baju melayu disangkut, kain pelekat dan 2 telekung brsebelahan.
ketiga item itu kelihatan tompok basah yg baru;
mungkin sbb wudhuk.
aku tersenyum.
fikirku;
aku tahu ini biasa biasa,
tapi pd zaman ikon teknologikal kini,
susah nak ternampak
keluarga yg jemaahnya menghadap yg-Esa
biarpun biasa biasa, bagiNya tetap luarbiasa
semoga mereka ke Firdausi.